Wednesday, October 6, 2010

Bergurau?boleh ke

Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana kelas yang muram menjadi ceria. Yang sepi bertukar gamat terutamanya waktu nak dekat 'exam'. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.

Adapun, setiap perkara tentulah ada batasnya. Kata orang putih "Excess of anything is abnormal!" Tidak kiralah kegembiraan, kesedihan, lawak jenaka, gurau senda atau apa sahaja. Jikalau berlebihan tanpa batas, hidup boleh jadi huru-hara!

Namun, Islam itu cukup cantik. Allah S.W.T. tidak pernah membiarkan umatNya terbiar tanpa panduan. Al-Quran dan As-sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi rujukan kita. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk bergurau senda.

1. PERKARA YANG HENDAK DICAKAPKAN ITU BUKANLAH SESUATU YANG BOHONG HANYA SEMATA-MATA SUPAYA MANUSIA KETAWA.

Nabi SAW bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له
"Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (HR Ahmad dan ad-Darimi)

Dalam berbicara, kita perlu beringat supaya tidak menokok tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar. Cuba lihat apakah kesan media apabila tokok tambah menjadi bahan utama dalam tulisan mereka. Berita yang tersebar menjadi sensasi. Kita pula selalunya tanpa usul periksa menyebarkan berita-berita sebegini kepada kawan. Tetapi berita yang tersebar itu kadangkala boleh menjadi fitnah bagi orang-orang tertentu, dan kesannya hidup seseorang boleh menjadi hancur disebabkan fitnah. Maka, berhati-hatilah.

2. TIDAK MENGANDUNGI PENGHINAAN TERHADAP SESEORANG MELAINKAN ORANG TERSEBUT MENGIZINKANNYA.

Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain. Boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat: 11)

Nabi SAW bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (HR Muslim - sahih)

Ada masanya kita tak sedar perkara yang kita sangka hanya satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hati dia. Jangan sesekali menganggap semua insan adalah seperti kita; tidak merasa apa-apa bila diejek. Masing-masing punya perasaan tersendiri.

Jika ada kekurangan pada diri sahabat, tegurlah dengan cara yang baik. Gurauan yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya sillaturrahim. Maka, berhati-hatilah.

3. MELAWAK YANG TIDAK MENAKUTKAN ORANG LAIN.

Nukman bin Basyir r.a. berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasululah SAW di dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (HR Thabrani - sahih)

Nabi SAW bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
"Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul." (HR Ahmad - sahih)

Gurauan yang tidak kena pada tempatnya juga adalah sangat ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk menakut-nakutkan saudara seIslam kita. Berpada-pada lah dalam bergurau. Setiap benda ada 'limit' kerana jika tidak memikirkan kesan gurauan yang sepatutnya, hiburan boleh menjadi bala. Maka, berhati-hatilah.

4. JANGAN BERGURAU PADA PERKARA YANG PERLU SERIUS.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak.

Nabi SAW bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
"Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak ataupun serius: nikah, cerai, membebaskan hamba." (HR Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah - sanadnyaHasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah S.W.T.:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai."(59 – 61 : an-Najm)

Seriously, perkara sebegini tidak boleh menjadi bahan gurauan kerana ianya melibatkan hukum agama. Maka, berhati-hatilah.

5. HENDAKLAH MELAWAK SEKADAR PERLU DAN TIDAK BERLEBIHAN.

Nabi SAW bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibnu Majah – sanad hasan)


Kita seringkali diingatkan, mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Dan bagi mereka yang banyak menangis di dunia (kerana mengenangkan akhirat), hidupnya di akhirat akan lebih bahagia. (Dr. Yusuf Qardawi, Feqhul Lahwi wat Tarwih)

Hmm..siapa kata orang Islam tak boleh bergurau?
Boleh..... Tapi ada caranya.

IKTIBAR KISAH RASULULLAH S.A.W.
Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda 
"Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata
"Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: 
Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Friday, September 24, 2010

satu Hari jumaat

bgun pagi2 dah pergi ke office NIOSH melaka utk ambik letter yg xdapat ambik kat kelantan..register,n pergi makan..lepas tu tbe2 terkeluar cadangan dari kawan ku (jime),tif jom g bandar melaka?
ak pikir lama gak..pas2 tujuan sebenar nak cari tali gitar jew...alih2 dah sampai bandar melaka...pergi kat mall tp stil xjumpe alih2 lagik sekali pergi karoeke jew kat c2...small room..punya layan lagu lama Broery marantika,jamal,sudirman n etc...nak kate suara sedap x la...tp aku ada bakat tiru suara dorang...(perasaan).haha

pastu terus gi kat ada kapal besar...hari 2 lagi nak pergi tapi xtersampai hajat...hari ni jew sampai hajatnyer..hehe

                                          

Thursday, September 23, 2010

EPILOG SYURGA CINTA

wahhh..waahhh...akhirnya habis suda cerita ini...dan ending nya boleh la tahan...memang dalam cerita ni banyak menceritakan tentang perihal seorang lelaki yang dulunya seorang yang sosial tiba-tiba berubah bila berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama siti shuhadah...

mula2,atif xikut sangat cerita ni..tp selalu jew tengok kat FB kawan2 asyik dok angau dengan cerita ni...FAIZ<>AMER AMAN,n etc....asyik cerita ttg cter ni jew....bosan gak...skali tu layan la....rupa2nya best la jgak..hehehe..

budak kecik 2 mmg pandai tol berlakon...Mia...mmg cute n comell....
itu la dalam cter ni....moga2 kter semua akan dapat cinta seperti itu...~~

Wednesday, September 22, 2010

Saim~~

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


Tuesday, September 21, 2010

masa berlalu pergi~

kawan1:atif,nape ko xcari penganti?
aku:ak xperlukan penganti.

kawan2:atif,npe awop xcari tino?
aku:aku xse tino.

kawan3:bkpo mu pyoh nk bulis gewe loni?
aku:ak xperlukan gewe.

kawan1,kawan2,kawan3:habis 2 mu cari gpo sebenarnya?
aku:aku mencari cinta...............

*clalunyer ayat ni dipakai pada org yg terlampau jiwang or angau2 dalam bab2 luv ni...kdg2 gak di pakai pada org yg da gve up ngn cinta.adakalanyer org sering persalahkan pada cinta hidup binasa,n ada gak org rasa cinta itu yg buatkan hdop seseorg i2 jadi indah.

jom kiter cmua interview org ramai ttg cinta k,...layan~~~

a lot of gurlz: lelaki mmg xley pkai,xleh caya...curang!!!ske maen kayu 3..benci222222xx!!

a pieces of boyz:perempuan mmg curang gak,ble jmpe yg lagi hensem,yg lame tnggal trosss...hampeh..aku xmo jadi perampas k

*so,itu jew antara yg ak penah dgr la...smjak dua menjak ni,ak byak cari makna cinta...tgk2 cter korean,cte cinta cintun...adusssss....seksa tol nak feel2 ni..hahaha..tp byak gak cter yg bg pengertian n gtaw apa makna cinta...antaranyer lah klo korang nak tgk n feel mcam aku ,
1.ketika cinta bertasbih 1& 2
2.ayat2 cinta
3.the snow queen
4.syurga cinta
etc

aku cukup ingat dialog dalam citer 2...
1 :apa makna jodoh tok?
atuk: jodoh ada 3 macam
1.jodoh dari syaitan
-kamu suka pada orang itu,orang itu suka pada kamu,lalu kamu melakukan zina,maka perempuan itu mengandung.lalu kamu menikahi nya...maka itu jodoh dari syaitan

2.jodoh dari jin
-kamu suka pada orang itu,tapi orang itu tidak suka pada kamu.lalu kamu bomohkan nya..lalu dia suka pada kamu dan kamu nikahinya...itu jodoh dari jin

3.jodoh dari Allah
-kamu dan dia saling bertentangan mata,wujud rasa cinta menusuk kedalam hati kamu,lalu kamu menikahinya..jadikannya halal untuk kamu,cinta kamu di dunia dan akhirat..dan insyaallah di syurga...itulah ia syurga cinta..jodoh dari ALLAH

Monday, September 20, 2010

hari ini dan hari esok

ari nie first time aku kembali kepada blog...blog b4 ni aku da terminated..n ak wat yg baru...rasa macam nak menulis jew lak....ari ni gak khdupan aku bermula sbgai SHO trainning....arap2 rezeki aku mngikut jalan ni....
n duit da byak hbis modified kereta..hehe...ok,ak nak tulis skit2 dlu utk malam ni...nt ak akan trus berkarya..ok chil out